... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

10.7.09

Tips: Menjadi Penyumbang

Untuk menjadi penyumbang di dalam blogspot, kita tidak semestinya perlu ada akaun gmail. Mana-mana akaun emel pun boleh. Sebagai contoh akaun yahoo dan hotmail. Apa yang perlu dibuat ialah Administrator perlu membuat undangan (invite) akaun emel tersebut. Cara untuk membuat invitation, sila rujuk posting yang terdahulu Cara Buat Posting. Pemilik akaun emel yang diundang tersebut akan menerima emel undangan daripada administrator dengan tajuk emel You have been invited to contribute to ..........;s blog. Antara kandungan emel tersebut ialah To contribute to this blog, visit: http://www.blogger.com/i.g?inviteID=.............. You'll need to sign in with a Google Account to confirm the invitation and start posting to this blog. If you don't have a Google Account yet, we'll show you how to get one in minutes. Jika bersetuju untuk menjadi contributor:
1- Klik pada hyperlink yang disertakan di dalam emel tersebut http://www.blogger.com/i.g?inviteID.
2- Masukkan alamat emel kita (yahoo/hotmail/gmail) di dalam ruang Username (Email). Masukkan password (minimum 8 aksara) di dalam ruang Password. Password ini tak semestinya sama dengan password akaun emel tersebut. Namun untuk mudah ingat, berikan password yang sama.Klik Accept Invitation.
3- Blog tersebut akan tersenarai dalam Dashboard kita
4- Tamat

GARIS PANDUAN PROSES PELUPUSAN PERALATAN ICT DI PPD DAN SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Merujuk kepada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Perakuan Pelupusan (PEP) Kew. PA-16 hendaklah disediakan bagi perkakasan komputer.
3. Seperti yang telah dimaklumkan melalui surat rujukan JPNS/SPP/PTD/A25092/10/96 Jld.5(25) bertarikh 22 Ogos 2008, seramai 157 orang Pegawai PEP telah dilantik di negeri Selangor. Senarai nama Pegawai PEP tersebut dilampirkan sebagai LAMPIRAN A.
4. Bagi menjelaskan maksud pelantikan tersebut, bersama–sama ini disertakan Garis Panduan Proses Pelupusan Peralatan ICT di PPD dan sekolah-sekolah di negeri Selangor yang dilampirkan sebagai LAMPIRAN B.
5. Untuk makluman tuan/puan, garis panduan ini disediakan untuk memberi maklumat kepada PPD dan sekolah tentang Proses Pelupusan Peralatan ICT. Pada masa ini, Sektor ICT/Pengurusan Maklumat di JPN Selangor dipertanggungjawabkan untuk menjadi Urusetia Pelupusan Peralatan ICT memandangkan Unit Aset yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan aset termasuk aset ICT belum wujud.
6. Sehubungan itu, tuan/puan diminta memanjangkan garis panduan tersebut ke sekolah-sekolah di daerah tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(ABDULLAH B. NORDIN)
Ketua Sektor ICT/Pengurusan Maklumat
b.p. Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Selangor
Klik Di Sini Untuk Muat Turun Carta Alir Pelupusan Aset Alih Kerajaan (15)

Tips: Cara Membuat Posting

  1. Mula-mula kena ada right. Untuk mendapatkan right ini, administrator blog perlu invite kita melalui emel. Sesudah diundang, kita perlu jawab setuju terima melalui link yang dikirimkan melalui emel undangan tersebut.
  2. Masuk ke blog, pada penjuru atas sebelah kiri ada Create Blog dan Sign in. Klik Sign in
  3. Masukkan username dan password
  4. Bila berjaya masuk, penjuru atas sebelah kiri akan bertukar menjadi New Post dan Sign Out. Klik pada New Post
  5. Masukkan tajuk pada Title. Jika nak masukkan gambar, klik pada ikon Add Image, nak masukkan video klik pada ikon Add Video. Lepas tu ikut arahan selanjutnya.
  6. Masukkan isi cerita
  7. Klik Publish Post