... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

20.7.11

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Dalam Talian

SAPS telahpun menjadi ahli keluarga baru komponen portal NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia menyertai LINUS, SKPM, SBT dan SIP.  

Semua sekolah wajib memastikan sistem ini diisikan data guru dan murid sebelum ia boleh digunakan.  Data murid perlu diimport dari Sistem Maklumat Murid sementara data guru pula telahpun dihubungkan dengan EMIS.  Namun begitu, pihak sekolah perlu memastikan semua guru terbabit membuat akaun masing-masing.  

Pihak sekolah perlu menetapkan siapa yang akan menjadi pentadbir kepada SAPS ini.  Peranan ini dinamakan sebagai Setiausaha Peperiksaan dan dia menjadi nadi penting untuk memastikan sistem ini dilaksanakan di sekolah.  Dia juga perlu membimbing guru dan membuat penetapan dalam banyak perkara yang berkaitan dengan sistem ini.

Untuk mengelakkan daripada setiap guru mempunyai terlalu banyak User ID dalam pelbagai aplikasi yang digunapakai oleh Kementerian, dicadangkan agar kita menggunakan No. Kad Pengenalan masing-masing.  Gunakan ini dalam semua aplikasi lain agar masalah keliru dan lupa akan User ID ini dapat dikurangkan.

11.7.11

Sokongan Permohonan PPGK

Semua guru besar diminta membuat proses sokongan permohonan guru dari sekolah masing-masing yang memohon Program Pensiswazahan Guru Khas. tarikh tutup sokongan ialah esok, 12 Julai 2011. Sila klik di sini untuk masuk ke modul sokongan tersebut. Sila hubungi JPN/PPD masing-masing untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan. (tel saya pun boleh)


Proses Sokongan bagi permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011
 
PROSES SOKONGAN bagi permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 DIBUKA dari 6 hingga 12 Julai 2011. Hanya ketua jabatan di tempat bertugas pemohon PPG ambilan Khas ini sahaja yang dibenarkan menyokong. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.

Muat turun Syarat
Muat turun Panduan Sokongan

5.7.11

Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Peraturan PBS

Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Peraturan PBS akan disempurna oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada hari Jumaat 8 Julai 2011jam 8.00 pagi.  Semua Guru Besar dan Pengetua dijemput hadir dan digalakkan hadir dengan berkongsi kereta. Jemputan diminta berbaju Melayu.

Bersempena majlis pelancaran ini, akan diadakan pameran mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR.  Selain daripada Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Negeri, terdapat sebanyak enam buah sekolah terlibat sama.  Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana Sepang akan berada di booth no. 6 dengan mempamer mengenai Sistem Pengurusan PBS (online) dan mengenai pandangan dan pendapat ibubapa terhadap sistem pentaksiran yang baru ini.