... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

30.4.11

Standard Prestasi KSSR Tahun 1

Untuk membina instrumen PBS KSSR Tahun 1, kita memerlukan dokumen Standard Prestasi ini. Sila klik di sini.

standard prestasi TMK, BM, BI, BC, BA, Mat, PI, PM, PJ, PK, Sains, DM & DSV kecuali Bahasa Tamil tidak dapat disertakan kerana character Murasu ada sedikit permasalahan.

26.4.11

Bahan KSSR

Bermula tahun 2011 ini, kohot murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil akan melalui kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).  Terdapat sebanyak 13 mata pelajaran yang ditawarkan untuk murid tahun 1 ini iaitu:
  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Bahasa Arab
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Moral
  8. Matematik
  9. Pendidikan Khas
  10. Pendidikan Jasmani
  11. Pendidikan Kesihatan
  12. Dunia Sains dan Teknologi
  13. Dunia Seni Visual
  14. Dunia Muzik
Namun mata pelajaran yang  akan murid-murid ini pelajari bergantung kepada jenis sekolah dan guru elektif yang dibekalkan.  Sistem menilai pencapaian murid juga turut berubah apabila kementerian memutuskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dijadikan sebagai sebahagian daripada asas mengukur pencapaian murid di sekolah rendah.  Jika sebelum ini UPSR merupakan satu-satunya ukuran pencapaian murid di sekolah rendah namun dalam KSSR pencapaian murid di akhir persekolahan akan diukur melalui 40% daripada PBS dan bakinya 60% datang daripada UPSR.  

Cakupan PBS adalah lebih holistik dan ukurannya tidak lagi bergantung semata-mata melalui ujian dan peperiksaan.  Guru akan menggunakan pelbagai jenis instrumen yang akan dijadikan eviden dalam menilai pencapaian murid.  Penilaian ini diadakan sepanjang masa sama ada sewaktu p&p dalam kelas mahupun sewaktu murid sedang melakukan aktiviti.

Fokus Kurikulum
1.      Prasekolah - Perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul
2.      Tahap l  Sekolah Rendah (Tahun 1 – 3) - Penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,  asas kognitif, sikap, dan nilai
3.      Tahap ll Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6) - Pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.


Kepada mereka yang masih sukar untuk mendapatkan bahan mengenai KSSR, bolehlah masuk ke laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia ini:
http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/mula.htm

22.4.11

Pertandingan Boling Tenpin

MGB Sepang akan menganjurkan pertandingan tersebut pada 4 Mei 2011 (Rabu) di ARL Bowling Centre, Alamanda Putrajaya mulai jam 2.00 petang.  Terdapat 4 kategori iaitu individu lelaki, individu perempuan, bergu lelaki dan bergu perempuan.  Bayaran penyertaan ialah sebanyak RM40 seorang yang merangkumi jamuan dan caj permainan.  Berikut ialah AJK pertandingan tersebut:


Penaung
YB Dato’ Sri Ir Zin bin Mohamed
Ahli Parlimen Sepang
Penasihat
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang
Pengerusi
En. Yahaya bin Om
YdP MGB Sepang
Penyelaras
En. Azman bin Mokhtar
Setiausaha
Pn. Asmah bt.Ismail
Bendahari
En. Pat Yoon
AJK
1.       En. Tamilsekaran a/l Marimuthu
2.       Pn. Hajah Noredzan bt. Abu Bakar
3.       Pn. Hajah Norlia bt. Daya
4.       YM Raja Maimunah bt. Raja Harun
5.       En. Sukimin bin Juki
6.       Cik Ng Juat Wah

Aturcara Majlis
2.00 petang
Pendaftaran
Taklimat Pertandingan
2.30 petang
Pertandingan
4.00 petang
Ucapan Aluan Pengerusi Pertandingan
Ucapan Perasmian Penutup
Penyampaian Hadiah
4.30 petang
Jamuan ringan

20.4.11

eTukar Bukan Guru

Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun menyediakan aplikasi secara atas talian (online) yang dinamakan eTukar Bukan Guru bagi menguruskan permohonan pertukaran kakitangan bukan guru.

Aplikasi permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah. Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian.

Guru Besar seharusnya sudah menerima surat daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM KP(PP)0045/153/1(26) yang bertarikh 12 April 2011 yang memaklumkan ID Pengguna dan Kata Laluan setiap Guru Besar serta jadual pelaksanaan urusan permohonan pertukaran ini.

Guru Besar selaku Pengesah 1 perlu menggunakan ID Pengguna tersebut untuk membuat pengesahan dalam tempoh 15 hari iaitu 2 hingga 15 Mei 2011.  Pengesah 2 ialah di Jabatan Pelajaran Negeri yang tempoh pengesahannya juga 15 hari mulai 16 Mei hingga 31 Mei 2011.