... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

7.6.12

Pengisian Instrumen Kompetensi Kepimpinan Sekolah (KOMPAS) bagi Tujuan Penilaian Latihan 2013


                     


Institut Aminudin Baki melalui suratnya IAB.601-3/4/3 (20) bertarikh 5 Mac 2012memohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar agar mengisi Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah secara dalam talian ini melalui laman web KOMPAS. Ia akan dibuka mulai 1 Mac 2012 hingga 30 Jun 2012 bertujuan untuk mengenalpasti dan merancang keperluan latihan pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar  bagi memudahkan pihak IAB untuk merancang program latihan yang diperlukan.

Sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas bolehlah menghubungi En. Samsudin bin Salleh/Cik Norazirah binti Ithnin/Cik Siti Nurain binti Abu Bakar/En. Ahmad Badrul Hisham bin Din di talian 03-61056324/6354.

No comments:

Post a Comment