... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

24.7.12

PELAKSANAAN PERAKUAN JAWATANKUASA KHAS MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU TAHUN 2012

Ruj. Kami : KP(BPSH-SPDK)201to05102 Jld.4 (20)
Tarikh       : 21 Jun 2012

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAAI MALAYSIA BILANGAN 20 TAHUN 2012

PELAKSANAAN PERAKUAN JAWATANKUASA KHAS MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU TAHUN 2012

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas

2.  Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dan: rnemandang berat terhadap isu beban tugas guru, Pelbagai tugas rencam didapati menjejaskan masa berkualiti bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tugas utama guru-

3.  Sehubungan itu, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 (JKMIBTG 2010) bagi melaksanakan perakuan dan mencadangkan langkahJangkah penyelesaian kepada isu tersebut. Antara perakuan utama yang perlu dilaksanakan adalah seperti pada Lampiran A hingga
Lampiran D, Semua pihak yang berkaitan diminta supaya mematuhi semua
prosedur dan peraturan dalam melaksanakan perakuan-perakuan berikut:

  1. Mengurangkan Bilangan Ujian dan Pelaksanaan Peperiksaan Setaradi Sekolah (seperti Lampiran A)
  2. Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Secara School-Based di Sekolah-sekolah di bawah KPM (seperti Lampiran B)
  3. Garis Panduan Penglibatan Guru dalam Aktiviti Anjuran KPM (seperti Lampiran C) dan;
  4. Pematuhan Kepada Semua Surat Pekeliling lkhtisas/Surat Siaran yang sedang Berkuatkuasa Mengenai Penglibatan Agensi Luar dengan Sekolah, Guru dan Murid (seperti Lampiran D).


Lampiran A: 
MENGURANGKAN BILANGAN UJIAN DAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SETARA DI SEKOLAH
  1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mernutuskan bahawa mulai tahun ini (2012), Bahagian-Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah hanya dibenarkan untuk menyelaras dan melaksanakan satu peperiksaan setara sahaja sama ada bagi Peperiksaan Percubaan atau Peperiksaan Akhir Tahun. Pelaksanaan peperiksaan setara ini akan dimansuhkan bermula pada 1 Januari 2013.
  2. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menyelaras jadual (setara) bagi ujian formatif. Untuk itu, guru-guru boleh melaksanakan ujian formatif mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Lampiran B:
PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SECARA SCHOOL-BASED DI SEKOI-AH.SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

  1. Mesyuarat Profesional KPM Bil.7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan  konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelaiaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara school-based. Pengoperasian latihan secara school-based antaranya bertujuan melindungi waktu pembelajaran murid dan mengurangkan kekerapan guru meninggalkan bilik darjah.
  2. Sehubungan itu, Bahagian Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2009 dan Buku Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara Schoo/ Based Tahun 2010. Kedua-dua garis panduan ini hendaklah dijadikan rujukan untuk memastikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dilaksanakan secara terancang tanpa menjeiaskan keberkesanan kursus dan memastikan waktu pengajaran dan pembelaiaran di sekolah tidak terganggu.
  3. Justeru, bagi melindungi waktu pengaiaran dan pembelajaran serta mengurangkan kekerapan guru meninggalkan bilik darjah, LDP hendaklah dilaksanakan seperti berikut:      3.1  60% latihan secara berasaskan sekolah (school-based3.2  30% latihan secara berpusat di peringkat Jabatan Pelaiaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)   3.3  10% latihan berpusat di peringkat Bahagian KPM
  4. Semua maklumat dan data latihan hendaklah direkodkan ke dalam aplikasi Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) seperti Lampiran 12a bagi menggantikan sistem Kutipan Maklumat Latihan Dalam Perkhidmatan (KMLDP) di Lampiran 12, Buku Garis Panduan Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan Secara School-Based Tahun 2010.
Lampiran C:

Pentadbir sekolah hendaklah mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada  semua guru secara seimbang bagi mengelakkan penglibatan guru yang sama dalam aktiviti yang dianjurkan berdasarkan Garis Panduan Penglibatan Guru Dalam Aktiviti Anjuran KPM seperti di bawah:
  1. AKTIVITI YANG TIADA INSENTIF KEWANGAN (Mesyuarat, Bengkel, Kursus, Taklimat, Penataran, Seminar, Perkhemahan, Training Of Trainers (TOT)).  Boleh diadakan pada hujung minggu tetapi tidak lebih daripada dua kali hari Sabtu dalam sebulan (Surat Siaaran KP/KPPM/5(66) bertarikh 23 Qgos 2010).  Digalakkan diadakan pada sesi cuti persekolahan tetapi tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan (KP (BS) 8590/Jilid.V (52) bertarikh 6 Julai 1977).  Bagi tahun 2012 khidmat kepakaran guru dalam aktiviti KPM/JPN/PPD boleh digunakan tetapi tidak lebih daripada 20% waktu bekerja.  Mulai tahun 2013, khidmat kepakaran pegawai JPN/IPG/BTPN/PPD hendaklah digunakan sepenuhnya.  Bagi tujuan ini, Bahagian-bahagian KPM perlu marancang pembangunan kapasiti pegawai-pegawai JPN/IPG/BTPN/PPD.
  2. AKTIVITI YANG MELIBATKAN INSENTIF KEWANGAN (Elaun/Saguhati/Royalti/Honorarium)
  3. AKTIVITI YANG MELIBATKAN AGENSI LUAR KPM (MSSM/SUKMA/ANTARABANGSA), NGO (SUKARELAWAN)
Lampiran D:
PEMATUHAN KEPADA SEMUA SUHAT PEKELILING IKHTISAS/SURAT SIARAN
YANG SEDANG BERKUATKUASA MENGENAI PENGLIBATAN AGENSI LUAR
DENGAN SEKOLAH, GURU DAN MURID



  1. Kernenterian Petajaran Malaysia sentiasa menitlkberatkan aspek pengajaran dan pembelajaran yang seharusnya diberikan keutamaan oleh sekolah, guru dan murid. Penglibatan guru dan murid dalarn pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak agensi luar dilihat telah menjejaskan proses pengaiaran dan pembelaiaran tersebut di samping menambah lagi beban tugas.  Menyedari akan hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat-Surat Pekeliling lkhtisas dan Surat Siaran beserta dengan garis panduan mengenai penglibatan guru dan murid dalarn program bersama agensi luar.
  2. Surat Pekeliling lkhtisas Bilangan 10 Tahun 2011 Garis Panduan Penglibatan Pihak Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, SPI:KP(BPSH-SPDK201/005/01 Jld 4 (13) bertarikh 28 Jun 2011
  3. Surat Pekeliling lkhtisas Bil.24/1998 : Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan KP(BS)8591/ Jld. XIV/ (24) bertarikh 10 Oktober 1998.
  4. Surat Pekeliling lkhtisas Bil.9/2004 ; Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Aniuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


Tujuan Surat Siaran ini adalah untuk mengingatkan semua garis panduan mematuhi surat-surat pekeliling lkhtisas dan surat siaran serta aktiviti berkaitan penglibatan sekolah, guru dan rnurid dalam prograrn dan dalam anjuran agensi luar. Sayugia ditegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi peraturan atau garis panduan tersebut akan memberi implikasi terhadap proses pengaiaran dan pembelaiaran serta bebanan tugas kepada guru.





https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=gmail&attid=0.1&thid=138b670bdce8970b&mt=application/pdf&url=https://mail.google.com/mail/u/1/?ui%3D2%26ik%3D551205955b%26view%3Datt%26th%3D138b670bdce8970b%26attid%3D0.1%26disp%3Dsafe%26zw&sig=AHIEtbSbfLj4pRY-FYIG_59YUcu3ZJ66QQ


13.7.12

Pengurusan Tertinggi Pendidikan


Tuan Haji Mahmud bin Karim
Encik Abdullah bin Mad Yunus
Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Hj. Mahmud bin Karim telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menggantikan Encik Abdullah bin Mad Yunus yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 2 Julai 2012.

   Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),


Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.




Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran I

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.




Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli b. Mohamed
Ketua Setiausaha KPM
(mulai 29 Oktober 2010)




Y.Bhg. Tan Sri Abdul Ghafar b. Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(mulai 8 November 2010)


Tuan Hj. Mahmud bin Karim
Pengarah Pelajaran Selangor
(mulai 2 Julai 2012) 

matjah 
Hj. Mat Jah bin Roslan
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang

12.7.12

Apabila Ajal?


Sejurus Ajal

·         1- Baca Innalillahi wainnahilaihi raji'uun.

·         2- Sapu matanya supaya pejam dan sunat membaca.

"Bismillahiwa'ala malatu Rasulillahisallallahu'alaihi wassallam"

·         3- Sapu pada sendi-sendi dengan minyak yang bersih, supaya anggotanya lembut dan tidak kejang, kaku supaya ia mudah dimandi dan dikafankan.

·         4- Salin pakaian bersih jika pakaiannya kotor.

·         5- Ikat dagu supaya mulut tidak terbuka.

·         6- Letak mayat atas tempat tinggi seperti katil atau sebagainya dengan mukanya menghadap kiblat.

·         7- Letak benda-benda berat (sekitar 400 gram) ke atas perutnya supaya tidak menjadi kembung.

·         8- Letakkan tangan di atas dadanya seperti 'mengangkat takbir dalam sembahyang' serta menutup seluruh tubuhnya dengan kain.

·         9- Bakar bau-bauan seperti gaharu, kemenyan supaya kawasan sekelilingnya harum.

·         10- Uruskan pengurusan pentadbiran jenazah, perkara-perkara utama ialah :
i. Jawatankuasa masjid /surau / badan kebajikan dan sebagainya.
ii. Polis atau hospital
iii.Tanah perkuburan
iv.Mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan.