... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

20.6.14

Taklimat Program Tautan Ilmu PPD Sepang

Pada hari ini, 20 Jun 2014 (Jumaat) telah diadakan taklimat mengenai program Tautan Ilmu.  Majlis yang dilancarkan oleh Timbalan PPD Sepang, Tuan Haji Mutalib Tomran dihadiri oleh semua Guru Besar.  Ia turut dihadiri sama oleh SISC+ dan pasukan think tank PPD Sepang.

Program ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran 3M di sekolah rendah.  Ia selari dengan program LINUS.

12 KONSTRUK LITERASI
KONSTRUK
KEUPAYAAN
1
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
2
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. 
3
Keupayaan membaca dan menulis  perkataan suku kata terbuka. 
4
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. 
5
Keupayaan membaca dan menulis  perkataan  suku kata tertutup. 
6
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup’ng’.
7
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
8
Keupayaan membaca dan menulis  perkataan mengandungi vokal berganding.
9
Keupayaan membaca dan menulis  perkataan yang mengandungi
 digraf dan konsonan bergabung.
10
Keupayaan membaca dan menulis  perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
11
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
12
Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan  rangsangan.


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.


Klik di sini untuk mendapatkan minit curainya.

19.6.14

Mesyuarat AJK MGB Sepang

Hari ini telah diadakan mesyuarat AJK Majlis Guru Besar Sepang di Bilik Mesyuarat SK Taman Seroja pada pukul 2.30 petang.  Senarai kehadiran:

Kehadiran mseyuarat hari ini

  1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
  2. En. Kamsani bin Sahlan (Timbalan)
  3. En. Ishak Noh (Setiausaha)
  4. En. Low Sze Kee (Naib Pengerusi)
  5. Pn. Hajah Noredzan A.Bakar (tuan rumah)
  6. En. Mohd. Rahman bin Rabingan
  7. Tn. Haji Mohd. Rasid bin Hamid
  8. Pn. Pushpa a/p D.Raman
  9. Pn. Ana Liza binti Zainudin (turut hadir)

Agenda:


  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  3. Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
  4. Pembentangan kertas kerja/isu/laporan
  5. Hal-hal lain
  6. Penutup

Mesyuarat tertumpu dalam membincangkan pelaksanaan program MERKUR1 bagi DUN Sungai Pelek dan DUN Batu Laut.  Program kerjasama antara PPD Sepang dan MGB Sepang ditaja oleh ADUN Dengkil YB Shahrum bin Dato' Mohd. Sharif.  Sejurus sebelum mesyuarat, cek bernilai RM3000 telah diserahkan oleh pihak di pejabat DUN Dengkil kepada pengerusi.  Selain itu isu semasa seperti PBS, Fail Meja dan laporan MMI juga dibincangkan sama.
Cek RM3000 dari YB Shahrum Dato Mohd Sharif yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MGB En. Kamsani Sahlan kepada wakil MERKUR1 DUN Sg Pelek & DUN Batu Laut Pn. Hajah Noredzan A.Bakar
Hangat membincangkan bagaimana nak melaksanakan MERKUR1 di sekolah-sekolah DUN Sg Pelek dan DUN Batu Laut



Terima kasih kepada tuan rumah, Puan Hajah Noredzan yang menaja makan yang sungguh enak dan menyelerakan.
Deraf keputusan akhir mesyuarat mengenai pelaksanaan MERKUR1


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.

Minit Mesyuarat